Followers

novel

Saya karangkan novel ini khas untuk pembaca yang ingin carikan kelainan dalam novel yang berada dalam pasaran.. hayatilah AL- QUDS...
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Hening pagi memecahkan kesunyian pagi buta di dusun Pak Talib. Burung- burung yang berkicauan mengejutkan lamunan Farah. Hatinya sering gudah gulana bila memikirkan suaminya. Jarak beribu-ribu batu dari Malaysia ke Iran, menambahkan lagi kerisauan dihatinya. Hatinya sebak memikirkan apabila
kandungannya sudah masuk 5 bulan tetapi suaminya pula berjauhan.

"Sudahlah , Farah.Jangan termenung sahaja. Tolong ayah , hidangkan makanan yang mak kau masak tu" jerit ayahnya dari bawah pondok."Baik ayah, nanti saya hidangkan" jawab Farah sambil tergesa-gesa.Dia tahu perangai ayahnya, jangan dilambat-lambtkan arahan ayahnya.Nanti dia akan dibebelkan oleh ayahnya mengalahkan emaknya.Kelihatan emaknya juga mengikuti ayahnya dari belakang dan menaiki pondok kebunnya. Kepulangan beliau ke kampung kerana suaminya terpaksa ke luar negara bertugas di bawah payung PBB.

"Berapa lama Iskandar ke luar negara? "tanya ayahnya sambil menjamu makanan yang dihidangkan oleh Farah. "Tak tau lagi ayah, mungkin satu tahun" jawab Farah. "Tak apa lah, kamu duduk sahaja dengan kami sambil tunggu ko bersalin.Dapat juga ibu tengok-tengokan kamu." pujuk ibunya yang paham naluri anaknya yang berjauhan dari suami. "Baiklah ayah ,ibu.Farah ikut sahaja. Cuma farah kesal sebab Abang Iskandar pergi tergesa- gesa tanpa sempat menunggu kelahiran anak ini bersama." "Bersabar sahajalah, adat menjadi tentera memang begitu.Kalau duduk di rumah, bukan tentera namanya" kata bapanya dengan nada yang tegas. Farah cuma tunduk sahaja apabila ayahnya mula bersuara.


to be continued....