Followers

isu semasa

 PLUS DAPAT PROJEK DI INDIA

Projek kat india je da berjuta... kami rakyat malaysia tertanya2 bila la plus nak turun kan harga tol...setiap kali konsesi nak habis je... di tmabah lagi masa...


PLUS Expressways Berhad (Plus), pengendali projek Lebuhraya Utara-Selatan, menerusi konsortium dengan IDFC Projects Ltd dari India, mendapat tender membina jalan raya empat laluan sepanjang 127.6 kilometer iaitu bahagian Jetpur-Somnath Lebuhraya 8D Negara di Gujarat yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM700 juta.
Noorizah Abd Hamid
Noorizah Abd Hamid
Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid berkata, projek itu yang pertama diperoleh melalui tender kompetitif daripada Pihak Berkuasa Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI).
Katanya, projek itu berasaskan reka bentuk, pembinaan, kewangan, kendali dan pindah untuk tempoh 30 tahun mulai tarikh cadangan pelaksanaan perjanjian konsesi berkenaan.

“Dengan rekod dan pengalaman Plus selama ini adalah faktor utama menyumbang kepada kejayaan mendapatkan tender terbabit, malah terdapat 20 hingga 30 syarikat lain turut memohon tender NHAI dan syukur kita dapat melepasi kelayakan ditetapkan mereka.

“Projek ini membabitkan pelaburan bernilai 950 kror rupee yang dianggarkan RM700 juta dan kita menjangka memulakan projek pada tahun depan bermula dengan menaik taraf serta melebarkan laluan sedia ada kepada empat laluan,” katanya yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Plus di Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya, konsortium itu akan membentuk jentera tujuan khas bagi memeterai perjanjian konsesi untuk projek dicadangkan, manakala bagi pegangan saham antara IDFC Projects dan Plus dalam konsortium terbabit adalah 74:26.

Beliau berkata, pihaknya yakin dapat melaksanakan projek itu dalam tempoh dua atau tiga tahun dengan jayanya berikutan pengalaman Plus sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Asia.

Noorizah berkata, kejayaan projek di Malaysia banyak membantu Plus memperoleh tender berkenaan, sekali gus membuktikan pihaknya mampu mencapai sasaran menjadi kumpulan lebuh raya terulung di peringkat global.

“Rekod cemerlang dan kukuh bagi projek Plus di negara ini penyumbang terbesar dalam melayakkan kami mendapatkan tender terbabit,” katanya.
sumber: harian metro..